HomeUtamaCOVID-19 : Varian Omicron Pertama Di Sabah Dikesan Di Tawau

COVID-19 : Varian Omicron Pertama Di Sabah Dikesan Di Tawau

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Satu kes import COVID-19 varian Omicron telah dilaporkan di Tawau semalam iaitu merupakan kes pertama dikesan di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pesakit terbabit merupakan seorang lelaki tempatan yang telah menunaikan umrah di Arab Saudi bersama isteri pada 9 hingga 18 Disember lalu.

Katanya, pasangan terbabit telah kembali ke Malaysia pada 19 Disember 2021 melalui pintu masuk pertama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pesakit bersama isteri tiba di Tawau pada 20 Disember lalu dan sebaik tiba pasangan itu telah diarah menjalani kuarantin di rumah mereka.

“Keputusan ujian `whole genome sequencing` pada semalam menunjukkan pesakit positif varian Omicron manakala isteri  pesakit yang sedang menjalani kuarantin pada masa yang sama dengan suami dikesan positif COVID-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember lalu,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata,  keputusan `whole genome sequencing` untuk isterinya masih dalam ujian di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Katanya, kedua-dua pesakit telah lengkap di vaksin seawal bulan Jun 2021.

“Keadaan kedua-dua pesakit pada masa ini adalah sihat. Semasa disahkan positif COVID-19, suami adalah pada Kategori 2 manakala isterinya adalah pada Kategori 1.

“Mereka berdua telah selesai menjalani kuarantin pada 1 Januari 2022 dan telah pulih daripada sakit jangkitan virus COVID-19,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya