HomeUtamaPerdana Menteri mahu sekolah, pusat peperiksaan diberi keutamaan bekalan elektrik sementara

Perdana Menteri mahu sekolah, pusat peperiksaan diberi keutamaan bekalan elektrik sementara

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Sekolah dan pusat peperiksaan di kawasan terjejas gangguan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah perlu diberi keutamaan dalam penyediaan bekalan elektrik sementara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak terjejas dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan susulan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan sehingga lapan daerah.

Beliau berkata, gangguan berkenaan susulan insiden runtuhnya sebuah menara penghantaran elektrik di Ranau yang turut menimbulkan kesulitan kepada penduduk dalam menjalankan urusan harian.

Sehubungan itu, beliau meminta Sabah Electricity mempercepatkan kerja pemulihan supaya bekalan elektrik dapat dipulihkan lebih awal daripada jadual ditetapkan.

Menurutnya, selain sekolah dan pusat peperiksaan, kemudahan awam kritikal juga perlu diberi perhatian dalam penyediaan bekalan sementara.

“Bencana mungkin sukar dielakkan, tetapi kepantasan kita bertindak menentukan berapa lama rakyat terpaksa menanggung kesannya. Setiap jam sangat bermakna buat mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Budaya, identiti asas kekuatan masyarakat Bisaya – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular