HomeUtamaKerjasama pelbagai pihak perkasa pembangunan komuniti desa

Kerjasama pelbagai pihak perkasa pembangunan komuniti desa

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama rentas institusi, agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat penting dalam memperkukuh pembangunan masyarakat desa secara mampan dan menyeluruh.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Dr Zainuddin Sabu berkata, pembangunan masyarakat bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata, sebaliknya memerlukan sinergi pelbagai pihak dalam menyumbang idea, kepakaran, tenaga serta pendekatan pembangunan.

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi pelaksanaan Program Desa Lestari di Kampung Kepayan Baru yang dianjurkan Pertubuhan Hijau (PERHILAS) dengan kerjasama pelbagai pihak.

Katanya, penglibatan institusi pendidikan, agensi kerajaan, pihak berkepentingan dan komuniti setempat dalam program itu mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh pembangunan komuniti, kelestarian desa serta kesejahteraan masyarakat.

“Kerjasama rentas institusi seperti ini membuktikan bahawa pembangunan masyarakat bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata, sebaliknya memerlukan sinergi antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, pihak berkepentingan dan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Desa Lestari di Kampung Kepayan Baru, di sini.

Program itu turut mendapat kerjasama Fakulti Perhutanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), SSTC, City University, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Club Med Borneo dan beberapa pihak lain.

Zainuddin berharap Program Desa Lestari dapat menjadi platform berterusan dalam memperkasa masyarakat, mengangkat potensi kampung serta membina persekitaran lebih mampan, progresif dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan, sambil berharap kerjasama itu terus memberikan manfaat kepada masyarakat Kampung Kepayan Baru.

RELATED ARTICLES
Utama

Empat tahun menjadi ‘mata’ buat adik, pengorbanan kakak berbalas ijazah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular