HomeUtama247 Mangsa Banjir Di Kota Marudu & Pitas Terima Bantuan

247 Mangsa Banjir Di Kota Marudu & Pitas Terima Bantuan

Read Time:57 Second

KOTA MARUDU: Seramai 247 mangsa banjir di Kota Marudu dan Pitas, hari ini menerima bantuan wang ihsan dan bakul makanan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Penerima bantuan itu masing-masing 206 di Kota Marudu dan 41 di Pitas.

Selain bantuan wang ihsan dan bakul makanan seramai enam ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di Kota Marudu menerima Bantuan Barang Keperluan Asas, Baucar Diskaun Pembelian Barangan Elektrik dan Baucar Pembaikan Kenderaan manakala enam KIR di Pitas juga menerima Bantuan Keperluan Asas, Pembaikan Kecil Rumah dan Baucar Pembelian Barangan Elektrik.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan; Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Perdana Menteri tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi. Beliau turut mendengar taklimat daripada Safar sebelum meneruskan lawatan kerja ke Kota Marudu dan Pitas.

RELATED ARTICLES
Utama

PPS hasrat perkasa wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular