HomeUtamaSabah Rekod 378 Kes COVID-19

Sabah Rekod 378 Kes COVID-19

Read Time:39 Second

12 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan sebanyak 378 kes COVID-19 berbanding 309 kes semalam dengan jumlah peningkatan sebanyak 69 kes.

Jurucakap rasmi COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu yang tinggi adalah hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disemua lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Jumlah ini disebabkan KKM memperhebatkan pemeriksaan dari rumah ke rumah semua kawasan PKPD selain kontak rapat.

“Daripada jumlah yang direkodkan, Kudat mencatat kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 75 kes; Papar 58; Tawau 40; Sandakan 38 kes dan Kota Kinabalu sebanyak 32 kes,”katanya ringkas menerusi ciapan di twitter miliknya petang ini.

Selain itu, Lahad Datu turut merekodkan kes sebanyak 22 kes; Kota Belud 19; Penampang 16; Telupid 15; Sipitang 13; Tuaran 12 dan Nabawan 11.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular