HomeUtamaKerajaan Negeri Alu-Alukan Pandangan & Cadangan Daripada NGO

Kerajaan Negeri Alu-Alukan Pandangan & Cadangan Daripada NGO

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada mana-mana badan bukan kerajaan organisasi (NGO) untuk kepentingan negeri dan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebagai Ketua Menteri , beliau sedia mendengar cadangan serta bersikap terbuka dari segi pengurusan negara.

Apa yang penting katanya, ialah menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh rakyat.

“NGO seharusnya bebas menyuarakan pendapat mereka tentang perkara-perkara yang berfaedah kepada negeri dan rakyat,” kata Hajiji ketika bertemu dengan Pengerusi Sabah Action Body Advocating Right (SABAR) Datuk Dr Johan Ariffin Abdul Samad di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, pada Isnin.

Beliau juga berterima kasih kepada SABAR kerana menawarkan untuk membantu beliau dan Kerajaan Negeri dalam isu-isu seperti alam sekitar, pelancongan, kesihatan dan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri telah membuat kemajuan dalam perkara berkaitan MA63, antaranya meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021, hak-hak minyak dan gas, kuasa untuk mengeluarkan lesen memancing dan beberapa lagi.

“Dalam konteks MA63, kami telah mencapai kemajuan yang baik,” kata Hajiji.

Dr Johan juga turut memberi taklimatnya kepada Ketua Menteri, bahawa SABAR telah ditubuhkan pada April 2021 dan mempunyai keahlian seramai 100 orang terdiri daripada bekas penjawat-penjawat awam kanan.

Beliau berkata, SABAR bukanlah kumpulan warga politik tapi kumpulan yang prihatin dengan hak dan prihal Sabah berkaitan MA63 dan berharap dapat menyumbang idea dan sumber kepada Kerajaan Negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya