HomeSukanSSA Sertai Dua Kejohanan Luncur Ombak Di Pahang

SSA Sertai Dua Kejohanan Luncur Ombak Di Pahang

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Seramai 18 orang ahli Persatuan Luncur Ombak Negeri Sabah (SSA) akan menyertai dua kejohanan sukan luncur ombak peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di negeri Pahang.

Setiausaha Persatuan Luncur Ombak Negeri Sabah Mohd Saifuddin Karim berkata, antara kejohanan yang disertai adalah Tioman Surfestival 2022 membabitkan lima kategori dan Cherating Surf Festival yang melibatkan empat kategori dipertandingkan.

“Bagi pertandingan Tioman Surfestival 2022, ahli kita akan menyertai lima kategori iaitu Men Shortboard; Men Longboard; Women Shortboard; Men Bodyboard dan Grommet.

“Manakala bagi pertanding Cherating Surf Festival pula, ahli kita akan empat kategori iaitu Shortboard Men, Women; Longboard Men, Women; Grommets dan Bordboards,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Mohd Saifuddin berkata, pihak persatuan sentiasa mengambil inisiatif bagi memastikan atlet Sabah khususnya  sukan luncur ombak berada di tahap yang kompetetif meskipun berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, peluncur ombak Sabah juga sudah membuat persediaan yang cukup dengan menjalani modul latihan yang ditetapkan bagi menghadapi sebarang kejohanan.

“Menerusi kejohanan yang akan disertai oleh beberapa ahli persatuan yang diwakili Sabah Surf Team ini juga boleh membantu pihak Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) untuk memilih peluncur ombak bagi mewakili negara dalam mana-mana pertandingan luncuronbak peringkat antarabangsa,” katanya.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular