HomeUtamaKPM Sentiasa Ambil Langkah Perlu Selaras SOP, Garis Panduan Ditetapkan

KPM Sentiasa Ambil Langkah Perlu Selaras SOP, Garis Panduan Ditetapkan

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Semua pentadbir sekolah diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani perkara berhubung kluster melibatkan institusi pendidikan di negeri ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia termasuklah kerjasama semua pihak dalam menangani penularan wabak COVID-19 di sekolah.

“Saya difahamkan sebanyak sembilan sekolah menengah dan satu sekolah rendah di Sabah yang mencetuskan kluster diarah tutup berdasarkan saranan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Justeru, saya meminta kepada semua pentadbir sekolah untuk memberi kerjasama sebaik-baiknya dengan pihak KKM dalam menangani perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Beliau berkata, KPM turut memberi jaminan kepada semua pihak terutama ibu bapa bahawa pihak kementerian akan sentiasa mengambil langkah-langkah perlu selaras dengan prosedur standard operasi (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan sebanyak 10 buah sekolah yang mencetuskan kluster melibatkan institusi pendidikan di Sabah ditutup serta-merta.

Katanya, keputusan menutup sekolah itu adalah sebagai langkah bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah.

Antara sekolah yang diarah tutup kerana diisytiharkan kluster COVID-19 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan; SMK Ranau;  SMK Sandakan; SMK Kundasang;  SMK Tun Fuad Stephen Kiulu; SMK Balung, Tawau; SMK Keningau;. SMK Terusan Lahad Datu ; Sekolah Kebangsaan (SK) Dallas Kota Belud dan SMK Tandek 2, Kota Marudu.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya