HomeUtamaUMS Akan Bantu Kerajaan Capai Imuniti Kelompok Penerimaan Vaksin

UMS Akan Bantu Kerajaan Capai Imuniti Kelompok Penerimaan Vaksin

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan berusaha untuk membantu kerajaan dalam mencapai imuniti kelompok melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selepas pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang bermula hari ini.

Naib Canselor UMS, Datuk Profesor ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, ia termasuklah kakitangan dan pelajar UMS serta masyarakat setempat yang berhampiran bagi mendapatkan vaksin di PPV UMS.

“Pada hari ini, PPV UMS telah dibuka dan kita telah dikategorikan sebagai PPV kategori lima yang mana akan memberikan sebanyak 1,000 dos vaksin sehari.  Sebagai permulaan pada minggu ini, kita sasarkan sebanyak 200 dos sehari bermakna 1,000 dos untuk seminggu.

“Selain itu, PPV UMS ini bukan hanya untuk kakitangan dan pelajar UMS tetapi ia juga melibatkan penduduk setempat khususnya dikawasan Sepanggar kerana kita mahu bantu kerajaan capai imuniti kelompok,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika meninjau PPV UMS yang dilaksanakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 disini pagi tadi.

Dr. Taufiq berkata, proses penerimaan vaksin di PPV UMS sama seperti PPV lain yang perlu melalui proses diaplikasi MySejahtera.

“Semua penerima vaksin akan melalui proses sama di MySejahtera, semua akan direkodkan didalam aplikasi ini dan sudah pasti kita berharap agar jumlah dos ini ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

“Selain itu, UMS melalui Hospital UMS telah menggerakkan Doktor Pakar, Jururawat dan Sukarelawan dikalangan pelajar serta kakitangan untuk membantu merealisasikan PPV di UMS ini dan sudah pasti kita mahu imuniti kelompok khususnya di Sabah tercapai,”katanya.

PPV UMS yang bermula hari ini akan beroperasi pada waktu pejabat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular