HomeIsu tempatanInisiatif Pasang Telaga Tiub Untuk Dapat Bekalan Air Bersih

Inisiatif Pasang Telaga Tiub Untuk Dapat Bekalan Air Bersih

Read Time:1 Minute, 25 Second

14 Jun 2021

[email protected]

BEAUFORT: Prihatin dengan masalah air yang dihadapi oleh rakyat, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh tampil dengan inisiatifnya telah memasang telaga tiub di perkarangan Masjid Nukahan dekat sini, semalam. (13 Jun)

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Klias ketika dihubungi media berkata, tercetusnya idea pemasangan telaga tiub ini memandangkan krisis bekalan air bersih yang masih belum pulih di Daerah Beaufort ini.

“Ini adalah salah satu inisiatif kita bagi memudahkan penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih apabila ada masalah gangguan air paip.

“Tercetusnya idea ini, semasa saya belajar di Kelantan dahulu, saya melihat penduduk kampung di sana menggunakan telaga tiub untuk mendapatkan bekalan air bersih, jadi mereka tidak ada masalah air walaupun air paip dari kerajaan salurkan menghadapi masalah,” katanya.

“Pemasangan telaga tiub tersebut sangat ringkas dan kosnya juga tidaklah membebankan sangat kepada individu yang ingin membuatnya pada kediaman sendiri iaitu dianggarkan hanya RM1200 dan pemasangannya lebih kurang dalam masa 3 jam ianya akan siap sepenuhnya dan akan menghasilkan air yang bersih daripada mata air di kedalaman lebih kurang 20 kaki dari dalam tanah.

“Saya bercadang akan melaksanakan pemasangan telaga tiub ini secara berperingkat di seluruh kampung seperti di kawasan masjid, surau, sekolah rendah, sekolah agama, dewan dan balai raya,” tambahnya ketika menyaksikan pemasangan telaga tiub tersebut ditemani oleh Pegawai Perhubungan Masjid Klias Ustaz Matjun Mathun.

Isnin juga mengalu-alukan idea ini kepada yang berkemampuan boleh mencuba kaedah tersebut agar keperluan asas air dapat terus dinikmati tanpa ada gangguan kecuali tiada bekalan elektrik menghidupkan waterpump untuk menyedut air dari mata air itu.

Dalam pada itu, semua kos pemasangan telaga tiub kg. Nukahan adalah sumbangan peribadi Datuk Isnin kepada penduduk dan kariah Masjid di Kg. Nukahan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya