HomeUtamaUTK jadi pasukan respons pertama di pantai timur Sabah - Razarudin

UTK jadi pasukan respons pertama di pantai timur Sabah – Razarudin

Read Time:1 Minute, 12 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Pasukan Unit Tindakhas (UTK) yang akan ditempatkan di pantai timur Sabah akan menjadi pasukan respons pertama untuk bertindak balas sekiranya terdapat ancaman besar, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata pasukan itu akan menentukan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di pantai timur negeri berkenaan.

“Kami hanya menambah bilangan keanggotaan di sana (pantai timur Sabah) dan peranan mereka (UTK) berbeza dengan PGA (Pasukan Gerakan Am) yang menjaga sempadan.

“Ia antaranya untuk memastikan tiada kes penculikan berlaku dan mempertingkatkan kawalan keselamatan,” katanya pada majlis Pride of Workmanship Award, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai penempatan pasukan UTK bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata pihaknya tidak berkompromi dengan pengguna jalan raya yang melanggar enam kesalahan utama jalan raya dalam Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina.

“Saya ingin tegaskan bahawa polis tidak akan memberi diskaun saman (maksimum RM300) pada mana-mana program polis jika ada pengguna jalan raya yang melanggar enam kesalahan utama jalan raya,” katanya.

Enam kesalahan utama jalan raya itu adalah memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memotong barisan.

Op Selamat yang dilancarkan pada 28 Jan akan berakhir pada 6 Feb ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia diarah memulakan tugas serta-merta –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya