HomeUtamaLebih 12.6 juta populasi dewasa terima dos penggalak COVID-19 setakat semalam

Lebih 12.6 juta populasi dewasa terima dos penggalak COVID-19 setakat semalam

Read Time:1 Minute, 16 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 12,616,238 individu dewasa atau 53.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,931,979 individu atau 98 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan dua dos vaksinasi, manakala 23,207,389 individu atau 99.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,792,830 atau 88.7 peratus daripada populasi kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,870,546 individu atau 91.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian, sebanyak 152,358 dos diberikan semalam meliputi 10,471 dos pertama, 1,506 dos kedua dan 140,381 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 64,264,073 dos.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Ro/Rt) pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 1.39.

Nilai RT mengikut pecahan negeri, Sarawak mencatatkan nilai RT tertinggi dengan 1.68, diikuti Perlis 1.65, Sabah (1.59), WP Labuan (1.51) dan Terengganu dengan nilai RT 1.40.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga di Selangor, dua kes direkodkan masing-masing di Kelantan, Perak dan Sabah manakala satu masing-masing di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular