HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Turun 700 Kes

COVID-19 : Kes Jangkitan Turun 700 Kes

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus mencatat penurunan hari ini apabila turun sebanyak 700 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 2,174 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak tujuh daerah mencatatkan kes tiga angka dengan Kota Kinabalu mengekalkan kes tertinggi sebanyak 555 kes.

Katanya, ia diikuti Penampang 252 kes, Putatan 223 kes, Papar 204, Tuaran 181 kes, Keningau 105 kes dan Kota Belud 101 kes.

“Sejumlah 17 daerah lagi mencatatkan kes dua angka, dua daerah mencatatkan kes satu angka dan Semporna menjadi daerah tunggal yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini.

“Sungguhpun kes harian telah berkurangan pada jumlah yang agak besar tetapi peratusan kes sporadik masih tinggi iaitu 62.74 peratus yang boleh mencetus peningkatan kes-kes baharu bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, penyusutan jumlah kes harian juga disebabkan oleh jumlah ‘backlogs’ yang semakin berkurangan dalam statistik harian beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Katanya,sejumlah 2,150 atau 98.90 peratus daripada 2,174 kes hari ini adalah dalam Kategori satu dan dua, lapan kes dalam Kategori tiga, sepuluh kes dalan Kategori empat dan enam kes dalam Kategori lima.

Sementara itu, Masidi berkata, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 45,381 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak divaksin.

Katanya, sebanyak 246 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 121 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya