HomeUtamaKePKAS Saran Inisiatif VTL Diteliti, Bantu Tingkat Industri Pelancongan Di Sabah

KePKAS Saran Inisiatif VTL Diteliti, Bantu Tingkat Industri Pelancongan Di Sabah

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Jawantankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 negeri Sabah disaran untuk meneliti pelaksanaan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara melalui Singapura.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya juga meminta agar inisiatif VTL berkenaan turut dipertimbangkan bagi membantu meningkatkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

“Sudah masanya negeri Sabah mengikut langkah beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang yang bakal memulakan inisiatif VTL bermula 16 Mac ini.

“Ia sudah tentu adalah bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara khususnya sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, pihaknya kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah untuk berbuat demikian. 

“Saya yakin kementerian dan semua pengusaha industri pelancongan di Sabah sudah bersedia untuk menerima pelancong luar diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya