HomeUtamaPelbagai Bantuan Dana, Pakej Rangsangan Ekonomi Disediakan Ringan Beban Rakyat

Pelbagai Bantuan Dana, Pakej Rangsangan Ekonomi Disediakan Ringan Beban Rakyat

Read Time:1 Minute, 35 Second

SUNGAI BALANG : Kerajaan telah melaksanakan pelbagai bentuk dana dan pakej rangsangan ekonomi sepanjang dua tahun lalu bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kementeriannya juga turut menerima hampir RM1 billion melalui beberapa pakej bantuan yang disalurkan.

Antara pakej bantuan yang disalurkan adalah melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) , Penjana dan Dana Jaminan Makanan yang disalurkan melalui pelbagai agensi dan jabatan di bawah MAFI untuk manfaat golongan sasar.

Katanya, Dana Khas Persatuan Nelayan di bawah Prihatin antara RM100,000 hingga RM200,000 diberikan kepada setiap Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Tambah beliau lagi, Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan nelayan yang merupakan antara barisan hadapan sektor agromakanan yang sangat penting dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara.

Menururtnya, bantuan dan sokongan akan terus diberikan kepada pengeluar makanan yang meliputi golongan nelayan dan penternak akuakultur kerana mereka merupakan pihak berkepentingan utama dalam ekosistem makanan.

“Elaun Sara Hidup Nelayan yang sebelum ini dikurangkan juga telah dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan untuk nelayan laut.

“Manakala, Elaun Sara Hidup Nelayan Darat pula telah dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan,” katanya pada Program Jelajah Dialog Industri Makanan 2022 (DIA2022) disini hari ini.

Dr Ronald berkata, sektor perikanan dan akuakultur merupakan antara subsektor agromakanan yang diberikan penekanan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

Katanya, subsektor perikanan dan akuakultur diunjurkan akan menyumbang kepada KDNK daripada RM12.81 bilion pada tahun 2021 kepada RM16.72 bilion pada tahun 2030.

“Subsektor ini juga dijangka akan menyumbang kira-kira 21 peratus hingga 24 peratus  kepada jumlah KDNK sektor agromakanan dari tahun 2021 hingga tahun 2030.

“MAFI terus komited untuk memastikan subsektor perikanan dan akuakultur diuruskan secara mampan supaya dapat mengekalkan dan meningkatkan stok ikan sedia ada bagi menjamin bekalan pasaran yang berterusan selain memastikan tahap kesejahteraan dan pendapatan pengeluar makanan subsektor perikanan dan akuakultur dapat terus dipertingkatkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular