HomeUtamaLelaki Cuba Curi Kabel Elektrik Milik SESB Ditahan

Lelaki Cuba Curi Kabel Elektrik Milik SESB Ditahan

Read Time:46 Second

SANDAKAN : Seorang lelaki yang disyaki mencuri kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berjaya ditahan di kawasan Pencawang Elektrik Sungai Obar Thien Brothers disini pada Isnin lalu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor berkata, suspek berjaya ditahan ketika cuba membuka kabel di pencawang berkenaan kira-kira jam 10.54 pagi.

“Pasukan polis bantuan SESB telah melakukan intipan terhadap kegiatan yang mencurigakan itu selama dua hari sejak 5 Mac lalu sebelum berjaya menahan suspek.

“Suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Idris berkata, pihaknya turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kabel elektrik.

“Pihak SESB merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan bantuan orang ramai sehingga membolehkan suspek terlibat dapat diberkas,” katanya.

Sehubungan dengan itu , orang ramai boleh menghubungi SESB Careline melalui 15454, 088-515000, Whatsapp 019- 852 5427 untuk sebarang aduan mengenai kegiatan yang mencurigakan di pepasangan milik SESB.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya