HomeUtamaKerajaan Terus Berusaha Tingkat Kadar Pemberian Vaksin COVID-19 Meskipun Berdepan Pelbagai Cabaran

Kerajaan Terus Berusaha Tingkat Kadar Pemberian Vaksin COVID-19 Meskipun Berdepan Pelbagai Cabaran

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan akan terus berusaha bagi meningkatkan kadar pemberian vaksin COVID-19 kepada semua golongan khususnya di negeri ini meskipun berdepan dengan pelbagai tanggapan negatif dari masyarakat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia juga merupakan satu cabaran kepada petugas terlibat bagi meyakinkan masyarakat tentang kebaikan vaksin COVID-19.

“Bila kita pergi ke pulau, bukan sahaja pulau malah ke kampung pun kadang-kadang sukar untuk kita cari orang untuk diberikan vaksinasi, ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi.

“Masalah lain, kadang-kadang khabar angin yang negatif juga mengaburi semua kebaikan yang dibawa vaksin berkenaan dan kita tidak boleh lari daripada menghadapi pelbagai tohmahan mengenai vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Pemberian Imunisasi Vaksin Dewasa, Vaksin Kanak-Kanak Dan Dos Penggalak COVID-19 kementeriannya, di sini, hari ini.

Masidi berkata demikian bagi mengulas pemberian vaksinasi di Pulau Timbang Sandakan tidak mendapat sambutan khususnya dalam kalangan ibu bapa.

Selasa lalu, petugas kesihatan yang terpaksa menempuh perjalanan laut kira-kira setengah jam ketika hujan bagi melaksanakan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICkids) di Pulau Timbang Sandakan tidak kesampaian apabila tiada seorang kanak-kanak datang mendapatkan suntikan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya turut mengakui ianya merupakan satu cabaran kepada kerajaan dalam usaha memberikan vaksinasi kepada masyarakat yang layak pada masa ini.

Katanya, masih ramai ibu bapa yang bersikap tunggu dan lihat serta memandang ringan terhadap risiko jangkitan COVID-19 kepada anak mereka.

“Faktor pemberian vaksin secara sukarela juga menyebabkan mereka ambil mudah perkara tersebut.

“Kerajaan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan agensi-agensi terlibat akan trerus memberi kempen kesedaran mengenai pemberian vaksin kpada komuniti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya