HomeUtamaToh Puan Rahimah Stephens Meninggal Dunia

Toh Puan Rahimah Stephens Meninggal Dunia

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Balu bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sabah Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens iaitu Toh Puan Rahimah Stephens meninggal dunia pada usia 91 tahun awal pagi tadi.

Allahyarhamah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunggu rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas dikatakan terjatuh hujung minggu lalu.

Menurut anak perempuannya Faridah, ibunya kekal bersemangat walaupun mengalami patah tulang.

Beliau berkata seorang pakar bedah akan tiba hari ini untuk memberi nasihat mengenai rawatan lanjut.

“Malangnya, dia mengalami serangan jantung pada awal pagi,” katanya memetik laporan Daily Express disini hari ini.

Rahimah dilahirkan pada 22 Oktober 1930 di Beaufort, Sabah dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kiulu, Tuaran, Sabah.

Pada tahun 2011, beliau dinobatkan sebagai ‘Tokoh Mubarak 2011’ sempena Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Ke-8 di Kota Kinabalu.

Pada 1961, beliau menjadi Ketua Wanita Parti UNKO (kemudian ditukar nama kepada UPKO) yang ditubuhkan oleh suaminya.

Rahimah kemudian menjadi Ketua Wanita Parti Berjaya dan wakil rakyat Kiulu setelah menang dalam pilihan raya kecil Sabah.

Pada 17 Julai 1976, beliau dilantik sebagai Menteri Kebajikan dalam Kerajaan Negeri Sabah. Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri dalam Kerajaan Negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya