Masyarakat Diseru Terus Pelihara Adat Terdahulu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 11 Second

TAMPARULI: Masyarakat diseru agar terus memelihara dan meneruskan adat yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, berkata, adat yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu, perlu di dijaga sebaik mungkin, dan tidak patut dipandang remeh.

“Semua adat yang terdahulu ada pengertiannya tersendiri, yang boleh kita jadikan sebagai panduan dan rujukan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelaksanaan Adat Poulakan Kuburan Kinopokungan Kampung Kapa/Bawang, di Balai Muhibbah Kampung Bawang, disini semalam.

Katanya, adat turun-temurun seumpama ini tidak ternilai harganya, dan perlu dikekalkan oleh generasi ke generasi.

Beliau yang juga Naib Presiden KDCA, mencadangkan kepada badan adat yang ditubuhkan di kampung tersebut, untuk membuat satu buku khas mengenai upacara dan adat tersebut, sebagai panduan kepada generasi seterusnya kelak.

“Ini merupakan satu sejarah, kerana satu lagi adat kita telah terungkai dan dapat diceritakan untuk menjadi warisan generasi pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Ketua Kampung Bawang, KK Peturus Simon Kinsui, memohon kepada semua ahli keluarga untuk memberitahu dan menjelaskan kepada keluarga masing-masing mengenai pelaksanaan adat tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Jahem Biaron, memberitahu, empat tapak kuburan yang dikenal pasti ialah milik mendiang Limbawan Lampada, Lingkin Linbawan, Durim Kumbaron, dan mendiang Bontut.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), David Kinsui, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bawang, Jopirin Godos, dan pemimpin masyarakat di sekitar Tamparuli.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *