HomeUtamaSeramai 4,728 Graduan UMS Bergraduasi

Seramai 4,728 Graduan UMS Bergraduasi

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Seramai 4,728 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-22 bermula 26 Mac hingga 31 Mac ini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Taufiq yap Yun Hin berkata, dari jumlah itu seramai 2,643 graduan adalah mereka yang berasal dari Sabah.

“Bagi pelajar antarabangsa, seramai 134 graduan akan menamatka pengajian dengan kumpulan terbesar dari China iaitu seramai 74 orang pelajar, diikuti Brunei (21), Timur Leste (10) dan Indonesia seramai tujuh orang.

“Selain itu, Pakistan seramai empat orang, Vietnam (4), Bangladesh (3), Mesir (2) dan satu masing-masing dari Thailand, Oman, Kemboja, Korea, Tanzania, Libya, Algeria, Jepun dan Amerika Syarikat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu disini hari ini.

Taufiq berkata, seramai 67 graduan akan menerima Doktor Falsafah manakala seramai 452 pelajar akan menerima Sarjana.

Katanya, seramai 4,126 merupakan graduan Sarjana Muda dan seramai 83 orang lagi merupakan graduan Diploma Pascasiswazah.

Pada kunjungan itu, Taufiq turut menyampaikan jemputan kepada Hajiji yang juga merupakan Pro-Canselor UMS untuk menghadiri Majlis Konvokesyen berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan SSL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya