HomeUtama505,439 Murid, Pelajar Di Sabah Mulakan Sesi Persekolahan

505,439 Murid, Pelajar Di Sabah Mulakan Sesi Persekolahan

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Seramai 505,439 orang murid dan pelajar di seluruh Sabah memulakan sesi persekolahan bagi Penggal Pertama Sesi 2022/2023 bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Mistirine Radin berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 1,071 sekolah rendah dan 221 sekolah menengah di negeri ini.

“Daripada jumlah keseluruhan murid dan pelajar yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini, seramai 313,697 orang adalah terdiri dari murid sekolah rendah.

“Manakala seramai 191,742 orang lagi adalah terdiri dari pelajar sekolah menengah di seluruh negeri,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Good Shepherd Kota Kinabalu disini pagi tadi.

Mistirine berkata, seramai 44,338 orang murid memasuki tahun satu sekolah kerajaan dan banntuan kerajaan manakala seramai 36,560 orang pelajar adalah yang memasuki tingkatan satu.

“Bagi institusi pendidikan swasta, seramai 8,000 murid dan pelajar di 39 sekolah rendah, menengah dan antarabangsa di Sabah turut memulakan persekolahan hari ini.

“Manakala seramai 14,950 murid di 399 tadika di seluruh Sabah mendaftar tahun ini bagi sekolah tadika swasta,” katanya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini menetapkan sesi persekolahan d seluruh negara bermula hari ini.

Namun masih terdapat murid dan pelajar mengikuti pembelajaran secara bersemuka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya