HomeUtamaDUN Sabah : Konsortium ditubuhkan teraju pelaburan baharu di Sipitang

DUN Sabah : Konsortium ditubuhkan teraju pelaburan baharu di Sipitang

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan telah menubuhkan sebuah konsortium bagi menerajui pelaburan baharu di daerah Sipitang.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ianya adalah bagi menggiat dan mengaktifkan industri kayu-kayan di kawasan tersebut.

Katanya, konsortium itu sekaligus akan menangani isu kebajikan pekerja-pekerja Sabah Forest Industries (SFI) yang terbabit.

“Pelaburan swasta baharu ini akan dipantau oleh Kerajaan Negeri dan yang paling penting pemilikan tanah perindustrian dan hutan akan tetap kekal sebagai hak negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ucapan penggulungan Jabatan Ketua Menteri di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hajiji berkata, pembangunan seluas 400,000 hektar ladang hutan dalam kawasan hutan simpan menjelang tahun 2036 adalah melibatkan kawasan Hutan Simpan Kelas II (Komersial) di bawah lesen jangka panjangSustainable Forest Management Licence Agreement (SFMLA).

Katanya, ianya telah dikenal pasti berdasarkan kepada Pelan Pengurusan Hutan (Forest Management Plan) untuk tujuan pengeluaran kayu hutan di masa akan datang.

“Ianya tidak akan melibatkan sebarang pindaan terhadap Enakmen Hutan 1968,” katanya.

Hajiji berkata, cadangan itu adalah selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk melestarikan sumber-sumber hutan seperti yang dinyatakan dalam Teras 1, Dasar Hutan Sabah 2018, iaitu bagi mengoptimumkan pengeluaran hutan simpan secara mampan. 

Katanya, pembangunan ladang hutan ini adalah bagi meningkatkan keupayaan kapasiti pengeluaran kayu balak negeri sehingga enam juta meter padu setahun bagi menampung keperluan bekalan industri perkayuan negeri Sabah  seterusnya meningkatkan kutipan hasil negeri.

“Selain menambahkan stok dirian kayu hutan pada masa hadapan, usaha ini juga bakal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, sekaligus membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular