HomeUtamaESSCOM tumpu keselamatan pelancong di ESSZONE

ESSCOM tumpu keselamatan pelancong di ESSZONE

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU :  Keselamatan pelancong yang tiba ke negeri ini khususnya di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) akan diberi tumpuan utama berikutan pembukaan sempadan negara bermula 1 April lalu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya dan akan memberi tumpuan kepada keselamatan di ESSZONE.

“Seperti kita sedia maklum pembukaan sempadan negara  bermula 1 April lalu akan memberi kesan kepada kemasukan pelancong ke kawasan ESSZONE khususnya kawasan pelancongan seperti pulau-pulau di Semporna dan daerah lain.

“Oleh itu, kita telah pun bersiap sedia dan akan terus memberikan fokus pada tempat-tempat tumpuan masyarakat dan pelancong bagi mengekalkan keselamatan di kawasan ESSZONE,” katanya.

Hamzah ditemui media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Hamzah berkata, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada  Tun Juhar mengenai penugasan serta keadaan di ESSZONE adalah baik dan terkawal.

“Dalam tempoh setahun dua ini tidak terdapat kes-kes yang menarik perhatian, ini memberi petunjuk tugas kita berkesan dan dapat mengawal keadaan di ESSZONE dengan baik,” katanya.

Hadir sama Timbalan Komander Esscom, Brigader Jeneral Adnan Abu Hassan dan Pengarah Bahagian Operasi Laut, Laksamana Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Terdahulu, Tun Juhar  menerima kunjungan hormat Panglima Wilayah Laut 2 Sandakan, Datuk Roslam Mohd Yunus bersama rombongan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya