HomeUtamaSESB Bantu HQE Pulih Bekalan Elektrik

SESB Bantu HQE Pulih Bekalan Elektrik

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah sama-sama memberikan bantuan bagi membolehkan bekalan elektrik di Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang terganggu sejak semalam kembali pulih.

Pada 19 April 2022, jam 11.54 pagi, berlaku gangguan bekalan elektrik melibatkan bangunan menara berkembar, klinik pakar dan blok bangunan perubatan lama di HQE.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, pemeriksaan terhadap bekalan yang disalurkan SESB ke HQE mendapati kabel milik SESB berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami sebarang kerosakan.

“Pasukan teknikal SESB telah membuat ujian dan mendapati bahawa pepasangan milik SESB adalah dalam keadaan yang baik dan punca gangguan bekalan adalah pada sistem dalaman hospital ,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Pemeriksaan lanjut mendapati bahawa punca gangguan bekalan di bangunan hospital tersebut adalah disebabkan kerosakan kabel bawah tanah 11kV milik HQE.

Ir Yaakob berkata, dua set generator mudah alih milik SESB telah ditempatkan bagi menampung keperluan bekalan semasa gangguan elektrik di Hospital Queen Elizabeth (HQE) sementara kerja-kerja mengesan kerosakan kabel dijalankan.

“SESB juga bersedia untuk membantu pihak hospital untuk melakukan ujian dan mengesan lokasi kerosakan kabel berkenaan jika diperlukan,” katanya lagi.

Disamping itu, Ir Yaakob memberikan penghargaan terima kasih kepada pihak polis trafik yang membantu mengiringi set janakuasa mudah alih sepanjang jalan dari Malawa Sepanggar hingga ke HQE.

“Dengan iringan polis trafik, perjalanan yang mengambil panjang akibat kesesakan jalan dapat diharungi dalam tempoh yang singkat.”, kata beliau.

Set janakuasa tersebut selamat sampai ke hospital pada jam 5.47 petang.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya