HomeUtamaPelaksanaan empat pakej Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur atasi isu kerosakan...

Pelaksanaan empat pakej Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur atasi isu kerosakan jalan raya

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Pelaksanaan empat pakej Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur bagi laluan Kinabatangan-Telupid dijangka akan menyelesaikan isu kerosakan jalan raya yang sering menjadi rungutan pengguna selama ini termasuk yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, projek ini akan menyelesaikan kerosakan jalan raya yang kerap berlaku di jalan utama terutamanya dari Batu 32 Sandakan menghala ke simpang Sapi Nangoh dan ke Telupid.

Katanya, pihaknya akan terus meminta pihak konsesi yang terlibat dengan kerja-kerja pembaikan jalan raya dibawah kendalian kementeriannya untuk terus membaiki mana-mana kerosakan sementara projek berkenaan dilaksanakan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Kerajaan tidak bercadang untuk membina semula jalan raya di laluan yang sama kerana ianya melibatkan pembaziran dari segi kos perbelanjaan dimana sebahagian laluan untuk Projek Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur akan melalui kawasan terlibat.

“Ditambah lagi jalan raya sedia ada ketika ini telah dibina berpuluh-puluh tahun lamanya yang sudah pasti tidak dapat menampung kenderaan berat seperti lori membawa muatan buah sawit yang saban hari melalui jalan ini menjadi antara faktor jalan raya cepat rosak.

“Untuk jangka masa pendek, pihak kementerian akan meminta konsesi yang terlibat untuk terus memantau dan memperbaiki kerosakan yang berlaku agar tidak menimbulkan kesukaran kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis iftar bersama warga Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah  disini kelmarin.

Hadir sama dua Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury dan  Datuk Robert Tawik, Setiausaha Tetap KKR Sabah Datuk Mohd Jasmin Juplin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ir. Ali Ahmad Hamid.

Bung berkata, menjadi tanggungjawab pihak konsesi yang dilantik oleh kerajaan untuk memantau dan memperbaiki jalan-jalan terlibat kerana ianya terkandung dalam perjanjian yang dipersetujuai.

“Kerja-kerja pembaikan  dari masa ke semasa sedang dilakukan oleh pihak konsesi bagi mempastikan keselamatan pengguna terjamin” katanya

Terdahulu, pada majlis itu, turut diraikan 40 orang kanak-kanak dari rumah Anak Yatim Amal Kasih Kingfisher dan Rumah anak yatim Anak Kesayangan Sembulan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembinaan 12 Rumah Ihsan Membakut dijangka siap Februari 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular