HomeUtamaDana khusus diberikan laksana aktiviti kebajikan

Dana khusus diberikan laksana aktiviti kebajikan

Read Time:55 Second

PUTATAN : Kerajaan menawarkan dana khusus untuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) melaksanakan aktiviti kebajikan melalui E-Geran NGOs 2022.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, syarat utama bagi memperolehi geran tersebut adalah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Kepada NGO yang berminat bolehlah membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR).

“Jumlah dana bergantung kepada kertas kerja yang disertakan oleh permohonan,” katanya semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Daerah Putatan 2022 di Pejabat Daerah Putatan.

Pada majlis itu, Shahelmey turut menyerahkan bantuan daripada bahagian Zakat Fitrah dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada 39 asnaf yang layak.

“Selain membantu golongan yang memerlukan, kita juga dapat mengeratkan silaturahim antara jabatan dan agensi negeri. 

“Ini kali pertama kita laksanakan program sebegini di peringkat daerah kerana sebelum ini hanya dilaksanakan di masjid atau surau bagi menghidupkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar dan Ketua Bahagian Fatwa, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Dr. Ariffin Ali.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya