HomeUtamaKelonggaran SOP turut digunapakai di Sabah - Masidi

Kelonggaran SOP turut digunapakai di Sabah – Masidi

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam akan turut digunapakai di negeri Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, meskipun akan mengguna pakai kelonggaran SOP itu, namun ianya adalah tertakluk kepada perubahan mengikut kesesuaian negeri Sabah.

“Sabah akan mengikuti namun ianya adalah tertakluk kepada penyelarasan jika dan bila perlu,” katanya ketika memetik laporan Astro Awani disini semalam.

Terdahulu, Khairy dalam satu sidang media khas semalam telah mengumumkan beberapa kelonggaran baharu kepada SOP COVID-19 di negara ini.

Katanya, kelonggaran itu disemak semula susulan peralihan fasa negara ke endemik.

“Pelaksanaan protokol baharu ini adalah susulan keadaan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam.

“Ia termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Demonstrasi tindakan tidak matang, guna saluran betul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular