HomeIsu tempatan10 Peratus Unit PPR Dicadang Digunakan Sebagai Penempatan Mangsa Bencana -Shahelmey

10 Peratus Unit PPR Dicadang Digunakan Sebagai Penempatan Mangsa Bencana -Shahelmey

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 10 peratus dari unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dicadang digunakan untuk penempatan sementara bagi mangsa bencana di negeri ini.

Pandangan yang disuarakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya itu adalah bagi mencari mekanisme membantu mereka yang terkesan akibat bencana yang dihadapi.

Katanya, ini terutamanya kepada mangsa kebakaran yang dilihat mengambil masa untuk mencari penempatan baharu.

“Cadangan yang saya kemukakan baru-baru ini adalah satu cadangan bersikap peribadi yang akan dicadangkan kepada pihak kerajaan untuk memberi ataupun menyediakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada unit PPR yang ada untuk diguna pakai apabila ada kejadian bencana.

“Ia boleh melibatkan mana-mana mangsa bencana tetapi kita melihat mangsa kebakaran ini lebih berkaitan kerana selepas terbakar, untuk mereka mendapat tempat ataupun membina semula rumah akan memakan masa yang agak lama,”katanya.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, perkara itu berbeza dengan bencana lain seperti banjir dan sebagainya dimana tempoh bencana itu berlaku mungkin dalam tempoh yang agak singkat.

Katanya turut berharap cadangan itu dapat dijadikan polisi setiap PPR yang ada di daerah-daerah untuk memenuhi keperluan rakyat yang menghadapi bencana.

“Saya mencadangkan bahawa ia menjadi satu polisi dimana setiap daerah yang ada PPR mengguna pakai polisi tersebut.

“Jadi apabila ada PPR yang dibina di setiap daerah, ianya tidak diisi sepenuhnya. Buat peruntukan 5 peratus hingga 10 peratus kosong untuk tujuan dipanggil penempatan transit kepada mangsa-mangsa yang terlibat bencana,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular