HomeIsu tempatanKBM Sabah agih 2,500 pek bubur lambuk di Tuaran

KBM Sabah agih 2,500 pek bubur lambuk di Tuaran

Read Time:42 Second

TUARAN : Sebanyak 2,500 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada beberapa buah masjid dan surau di sekitar daerah ini.

Agihan yang dilaksanakan oleh Kelab Bernas Malaysia (KBM) Cawangan Sabah itu turut mengagihkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan antaranya Polis, Hospital Daerah Tuaran dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tuaran.

Program sempena mengimarahkan bulan Ramadan itu adalah kolaborasi bersama Sazarice Sdn Bhd dan Adabi Sabah.

Program yang disambut dengan penuh meriah itu turut dihadiri Pembantu Menteri Kewangan II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit Jasnih Daya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Sazarice Sdn Bhd. Akip Ismaila dan Yang Dipertua KBM Sabah, Hervian Kirman.

Jasnih seterusnya mengalu-alukan program tanggungjawab sosial korporat tersebut diteruskan pada masa depan.

“Saya memuji usaha yang dilakukan oleh pihak Bernas ini bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya pada tahun ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya