HomeUtamaOrang Ramai Diingatkan Supaya Sentiasa Jaga Keselamatan, Kesihatan Diri Dari Risiko Jangkitan...

Orang Ramai Diingatkan Supaya Sentiasa Jaga Keselamatan, Kesihatan Diri Dari Risiko Jangkitan COVID-19 – Shahelmey

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai di negeri ini diingatkan agar tidak leka dalam menjaga keselamatan kesihatan diri daripada risiko jangkitan Covid-19.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini kerana virus Covid-19 masih berada di dalam komuniti.

“Dalam kita merasa gembira dan merasa lebih selesa dengan kelonggaran-kelonggaran yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan, saya ingin berpesan dan menyeru kepada semua agar sentiasa mengawal dan menjaga keselamatan kesihatan diri kita dari risiko jangkitan Covid-19.

“Sebagaimana yang kita ketahui, virus Covid-19 ini masih berada di dalam komunit, oleh itu marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia menjaga risiko jangkitan Covid-19 ini agar kehidupan kita akan lebih rasa selamat dan juga selesa” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabatnya semalam.

Shahelmey yang juga merupakan Exco Kesihatan Negeri Sabah menyambut baik pengumuman kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaludin pada rabu lepas.

“Kita menyambut baik pengumuman kelonggaran-kelonggaran SOP Covid-19 yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini.

“Antaranya adalah SOP penggunaan mysejahtera dan juga pemakaian pelitup muka di tempat-tempat yang terbuka,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular