HomeUtama1,958 mangsa banjir dipindahkan ke 17 PPS

1,958 mangsa banjir dipindahkan ke 17 PPS

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Seramai 1,958 daripada 733 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir di dua buah daerah di Sabah dipindahkan ke 17 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, sehingga jam 8 pagi tadi, dua daerah terlibat ialah Tenom dan Beaufort.

Sebanyak 15 PPS dibuka di daerah Tenom antaranya Dewan Kebudayaan Mandalom Lama; Rumah Kebudayaan Ponontomon; Dewan Mini Jinuim Jimin; Sekolah Kebangsaan (SK) Mandalom; Dewan Labut 2; Dewan Masyarakat Sri Antenom; Rumah Kebudayaan Batu-Batu dan Rumah Kebudayaan Pantagon Saga.

Selain itu, turut dibuka di Tenom adalah di Rumah Kebudayaan Maugus; Rumah Kebudayaan Angalor; Dewan Kamopung Kalang Kanar; Rumah Kebudayaan Kalasasan; Dewan Terbuka Kampung Saga; Rumah Kebudayaan Makakagas; dan Rumah Kebudayaan Belumbung Kemabong.

Manakala di Beaufort, sebanyak dua PPS dibuka iaitu di Dewan Selagon dan Dewan Seri Panglima Dun Banir.

JPBN itu turut menyatakan, sebanyak 1,608 mangsa melibatkan 638 KIR di Tenom di tempatkan di PPS manakala di Beaufort sebanyak 350 mangsa melibatkan 95 KIR turut ditempatkan di PPS yang dibuka sejak 10 Mei lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya