HomeIsu tempatanUMS, AMC College tandatangan surat niat

UMS, AMC College tandatangan surat niat

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani surat niat (LoI) bersama sebuah institusi pendidikan swasta tempatan AMC College, baru-baru ini.

LoI tersebut bertujuan mempromosi UMS kepada orang ramai sebagai salah satu institusi permulaan dalam program sijil perakaunan secara profesional di bawah peperiksaan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Profesor Datuk Dr. Kasim Md. Mansur berkata melalui hubungan kerjasama itu, kedua-dua pihak dapat menyokong usaha Institut Perakaunan Malaysia (MIA) dalam menyasarkan penambahan bilangan akauntan bertauliah di Malaysia.

Katanya, program tersebut juga turut menawarkan kemudahan biasiswa dan penajaan kepada para pelajar dan alumni UMS berdasarkan kelayakan tertentu mengikut terma dan syarat para penaja.

“Melalui kerjasama ini juga, UMS dan AMC bersetuju untuk berkongsi secara aktif mengenai pengajaran, penyelidikan serta pentadbiran yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak melalui penganjuran seminar, bengkel dan persidangan.

“Adalah adalah penting bagi UMS dan AMC saling bekerjasama dan memastikan kolaborasi pembangunan yang terbaik, khususnya dari aspek akademik serta meningkatkan kebolehpasaran siswazah yang menepati sasaran MIA,” tambahnya.

Pada majlis menandatangani LoI tersebut, UMS diwakili Profesor Datuk Dr. Kasim manakala AMC College diwakili oleh Ketua Eksekutif, Bryan Lo Ching Wing.

AMC College ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Ia menawarkan pelbagai kursus dari peringkat sijil hingga pascasiswazah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular