HomeUtamaJabatan yang khusus penting untuk memelihara bahasa ibunda - Maximus

Jabatan yang khusus penting untuk memelihara bahasa ibunda – Maximus

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA MARUDU: Jabatan khusus dan sewajarnya mesti ditubuhkan untuk melindungi dan memelihara bahasa ibunda sebelum ia pupus.

“Ia semakin sukar untuk mencari seseorang yang boleh bercakap dengan baik dalam bahasa ibunda kita, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai satu jabatan yang sesuai yang akan melindungi dan memelihara semua bahasa ibunda di Sabah,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Berucap pada majlis pelancaran Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai di Matunggong, dekat sini, semalam, beliau berkata dana boleh disalurkan dengan sewajarnya melalui jabatan itu seterusnya disalurkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi pemeliharaan bahasa ibunda.

Sementara itu, Maximus turut menyokong gesaan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Huguan Siou (Pemimpin Tertinggi) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk bulan bahasa etnik bagi mempromosi dan memelihara bahasa ibunda Sabah.

Maximus yang juga Timbalan Presiden KDCA dan Pengerusi KDCA Kota Marudu berkata pertandingan berkaitan Kadazan Dusun Murut Runggus (KDMR) akan dianjurkan untuk mempromosikan bahasa itu di kalangan golongan muda.

“KDCA Kota Marudu akan menganjurkan pertandingan ucapan, bercerita dan perbahasan, semuanya dalam bahasa KDMR. Kami berharap ini bukan sahaja menggalakkan, tetapi mencetuskan minat golongan muda untuk mempelajari bahasa itu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya