HomeIsu tempatanTujuh rumah musnah terbakar di Nabawan

Tujuh rumah musnah terbakar di Nabawan

Read Time:34 Second

KOTA KINABALU -— Tujuh rumah termasuk sebuah rumah panjang musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Salong, Nabawan, semalam.

Kebakaran yang dipercayai bermula pada jam 6.30 petang itu membabitkan rumah jenis tidak kekal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kawasan kejadian tidak mempunyai jaringan talian telekomunikasi dan pasukan bomba juga terpaksa menaiki bot untuk sampai ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi membuat pengesahan kebakaran dan semua rumah terbabit musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Operasi ditamatkan pada jam 10.04 malam tadi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya