KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus menyokong usaha memperkukuh kemudahan dan keupayaan perkhidmatan kesihatan di Sabah menerusi sumbangan komputer riba kepada Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).
Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kepada Pengarah HQE II, Dr. Ferro Firdaus Ibrahim dalam satu majlis di pejabat pengarah hospital berkenaan, di sini, hari ini.
Hajiji berkata, sumbangan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu meningkatkan kemudahan sokongan bagi memastikan kelancaran operasi dan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Beliau berharap komputer riba berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya, khususnya dalam membantu urusan pentadbiran serta meningkatkan kecekapan pengurusan hospital.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal I), Dr. Parvin Rubon A/L Arangulavan; Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal II), Dr. Eva Candra Susanti binti Suhali dan Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan), Datin Shevena I Jumin Jeffrey.



