HomeUtamaBukit Aman siasat ciapan gugat ketenteraman awam 

Bukit Aman siasat ciapan gugat ketenteraman awam 

Read Time:52 Second

CYBERJAYA -— Satu siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman terhadap satu ciapan di Twitter yang dilihat mampu menggugat ketenteraman awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata imej tangkap layar ciapan terbabit turut tular melalui aplikasi WhatsApp sejak ia dimuat naik kelmarin.

Katanya, siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

“Ia kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan, malam tadi

Abd Jalil berkata, orang ramai dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. 

“Malah orang ramai dinasihati agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan plaform itu untuk menyebarkan maklumat yang boleh mendatangkam kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya