HomeEkonomiBuka kawalan harga jualan Ayam, biar pasaran menentukan harganya - Penganalisis ekonomi 

Buka kawalan harga jualan Ayam, biar pasaran menentukan harganya – Penganalisis ekonomi 

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU -— Kerajaan perlu segera lepaskan kawalan harga dan membiarkan pasaran ayam diniagakan secara terbuka ujar seorang penganalisis ekonomi Rizwan Ramalan. 

Menurutnya biarkan harga ayam ditentukan pasaran di mana harga akan naik turun mengikut teori permintaan dan penawaran. 

Tambahnya keadaan yang boleh menjadi kepanikan awam dan huru hara ekoran kenaikan harga barang kini haruslah segera diatasi katanya. 

“ Seluruh rantaian ekosistem makanan hari ini terganggu. Kita semua perlu faham krisis Ukraine Russia bukan cuma krisis antara 2 negara tapi sebenarnya melibatkan US Dollar sebagai ibu matawang dunia” 

“ Apabila Russia membuat keputusan untuk menambatkan 5000 Russian Ruble dengan 1g emas ini yang mencetuskan peperangan ekonomi dengan US dan sekutunya

“ US akan terus memperkukuhkan nilai matawang nya melalui kenaikkan harga minyak katanya ketika melalui satu kenyataan kepada Sabahmedia hari ini. 

Menurutnya yang dikenali dengan Coach Rizwan itu lagi,  Harga Minyak Naik mengakibatkan Nilai USD Naik dan apabila harga minyak naik, harga apa jenis barang yang tidak naik ? Semuanya naik katanya. 

Menurutnya lagi kesan ini turut membabitkan kos input pengeluaran makanan seperti dedak, jagung serta lain-lain lagi di dalam rantaian pengeluaran ayam

“ Pengeluar pengeluar terpaksa mencuba alternatif baru dalam mengurangkan kos input dan kini impak nya sangat buruk ! 

Selagi kerajaan cuba mengawal harga makanan seperti beras, ayam dan lain-lain perkara perkara sebegini akan terus berlaku katanya. 

Beliau yang turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri berikutan pengumumannya untuk menghapuskan permit import bahan berasaskan makanan baru-baru ini dan berkata ianya adalah satu inisiatif yang baik . 

Beliau turut memberikan pandanngannya agar kerajaan mengambil pelbagai langkah secara jangka pendek dan panjnag bagi membenung krisis yang berlaku kini

“ saya cadangkan kerajaan ambil short-term action untuk catu pembelian sebelum krisis ini menjadi semakin teruk dan parah” 

Dan slangkah seterusnya adalah perancangan jangka panjang untuk membangun sektor pertanian yang berkaitan dengan input pengeluaran makanan

Langkah langkah ini perlu diambil dengan kadar segera katanya. 

RELATED ARTICLES
Utama

Janakuasa solar terapung pertama di Sabah bakal dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya