HomeUtamaPICKids : Hanya 32.1 peratus kanak-kanak di Sabah terima vaksin COVID-19

PICKids : Hanya 32.1 peratus kanak-kanak di Sabah terima vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Hanya  132,225 atau 32.1 peratus kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun di negeri ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, pemberian vaksin dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) itu telah berakhir pada 31 Mei lalu.

“Sejak pelaksanaan PICKids di Sabah pada 3 Februari lalu, seramai 132,225 atau 32.1 peratus kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerima sekurang kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

“Manakala seramai 76, 192 atau 18.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan pada 31 Mei lalu juga adalah adalah hari terakhir pemberian Dos satu  PICKids kepada kanak-kanak yang telah mencapai usia lima tahun,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dr Rose Nani berkata, bermula 1 Jun lalu sehingga 31 Januari 2023, PICKids hanya akan menawarkan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak yang baru berusia lima tahun pada atau selepas 31 Mei 2022 melalui klinik kesihatan atau klinik swasta yang masih beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Katanya, ibu bapa yang berhasrat untuk memberi vaksinasi kepada kanak-kanak yang baru mencapai lima tahun dinasihatkan mendaftar dan membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

“Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat janji temu secara terus di klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular