HomeUtamaMajlis Makan Malam sempena lawatan rasmi isteri Premier Sarawak

Majlis Makan Malam sempena lawatan rasmi isteri Premier Sarawak

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani TunTuanku Bujang yang mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Kota Kinabalu diraikan dalam satu Majlis Makan Malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini semalam.

Majlis makan malam itu turut dihadiri Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis Makan Malam itu turut diserikan dengan hiburan santai, termasuk persembahan tarian kebudayaan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Antara yang hadir pada majlis makan malam itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Puan Flovia Ng.

Hajah Juma’ani berada di Sabah sejak 8 Jun 2022. Selain di Kota Kinabalu, beliau dan rombongan juga akan melawat Kundasang.

RELATED ARTICLES
Utama

Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia diarah memulakan tugas serta-merta –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya