HomeIsu tempatan1,192 pain darah berjaya dikumpul menerusi program derma darah BSMM

1,192 pain darah berjaya dikumpul menerusi program derma darah BSMM

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 1,192 pain darah berjaya dikumpulkan menerusi pelaksanaan Program Derma Darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022 yang diadakan serentak di beberapa buah daerah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Program Derma Darah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah Leslie Chan berkata, program itu diadakan adalah bagi menghargai penderma-penderma darah yang aktif di negeri ini.

“Bakti dan jasa para penderma darah khususnya penderma darah yang aktif cukup bermakna kerana mereka dapat membantu para pesakit atau individu yang memerlukan bekalan darah khususnya di Tabung Darah hospital.

“Program ini juga kita laksanakan serentak di 20 daerah di Sabah  dan untuk bandaraya Kota Kinabalu,Penampang dan Putatan sahaja kita mensasarkan sebanyak 500 pain darah dapat dikumpulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Derma Darah Peringkat Negeri Sabah di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya yang diwakili Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Maria David Edick.

Leslie berkata, pihaknya juga turut berharap agar penganjuran program seumpama itu akan dapat memberi kesedaran kepada umum untuk sama-sama tampil menderma darah.

Katanya, purata harian penggunaan bekalan darah di Sabah adalah antara 300 hingga 390 pain setiap hari ini.

“Justeru, menerusi program seumpama ini akan dapat menarik minat individu atau orang awam untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan bekalan darah,” katanya.

Antara daerah yang menyertai program itu adalah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kudat, Pitas, Sipitang dan Kuala Penyu.

Selain itu, turut mengadakan program itu, daerah Kuala Penyu; Beaufort; Tambunan; Keningau; Tenom; Sandakan; Lahad Datu; Kinabatangan;Tawau dan Kota Marudu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya