HomeIsu tempatanBERNAS komited bangunkan SMART SBB

BERNAS komited bangunkan SMART SBB

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA BELUD : Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) terus komited dalam mengukuhkan hala tuju strategik bagi membangunkan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB).

BERNAS dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan SMART SBB itu adalah selari dengan aspirasi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam mengukuhkan lagi kelestarian industri pertanian khususnya padi dan beras.

Antara matlamat utama SMART SBB BERNAS adalah untuk membina sistem pertanian dan jaringan pesawah yang lebih dinamik.

“Ini sekaligus dapat membantu pesawah di dalam meningkatkan pendapatan mereka melalui peningkatan hasil padi yang berkualiti.

“Sebagai syarikat peneraju tunggal dalam membangunkan SMART SBB di negeri Sabah, BERNAS kini melebarkan keluasan hektar di Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud dengan penglibatan seramai 40 pesawah tempatan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

BERNAS berkata, pesawah di kawasan ini telah didedahkan kepada pelbagai latihan pertanian bagi memperkasakan lagi pengetahuan serta kemahiran mereka.

Katanya, ini termasuklah pengamalan teknologi terkini seperti dron dan jentera yang bersesuaian dalam pengurusan tanaman padi serta Jadual Kerja Ladang yang merupakan kaedah amalan pertanian tepat.

SMART SBB di Kota Belud merupakan program kolaborasi di antara BERNAS, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah serta agensi kerajaan lain seperti Kawasan Pertanian Pembangunan Bersepadu (IADA) Kota Belud, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pertubuhan Peladang Kawasan, Jabatan Pertanian Sabah dan lain-lain.

Ketua Blok Skim Jawi-Jawi Kota Belud Rajumin Jamrin menyifatkan program ini memberi pelbagai manfaat kepada mereka.

“Melalui program ini, ianya dapat membantu kami untuk mengusahakan sawah secara berpasukan dan lebih sistematik.

“Selain itu, BERNAS turut membimbing kami dalam penetapan Jadual Kerja Ladang yang lebih teratur yang mampu mengurangkan risiko kepada tanaman serta mengelakkan pembaziran input pertanian.

“Ini sekaligus dapat membantu kami dalam meningkatkan hasil padi serta pendapatan kami,” katanya.

Rajumin dan pesawah lain turut menyatakan perasaan teruja mereka terhadap penggunaan teknologi dron yang digunakan bagi kawasan ini.

“Penggunaan teknologi dron memberi hasil semburan baja dan racun yang lebih sekata meliputi seluruh kawasan ladang dalam tempoh masa yang jauh lebih singkat, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengoptimakan input serta kos.

“Ini semestinya memudahkan urusan kami dalam pengurusan ladang dan memberi kami masa terluang untuk melakukan kerja-kerja harian lain,” katanya.

Majlis perasmian SMART SBB BERNAS di Skim Jawi-Jawi Kota Belud Sabah telah disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Dr Mariana Tinggal; Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras MAFI Azman Mahmood; Ketua Bahagian Pengurusan Konsesi dan Aktiviti Huluan BERNAS Abdul Rahman Mohd Nasri dan Pengarah IADA Kota Belud Norfaine Sameun.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya