HomeIsu tempatanKursus kemahiran pembuatan bantu golongan sasar tambah pendapatan harian

Kursus kemahiran pembuatan bantu golongan sasar tambah pendapatan harian

Read Time:1 Minute, 14 Second

TAMPARULI: Seramai 30 peserta dari Kiulu; Tamparuli dan Tuaran menyertai Kursus Kemahiran Pembuatan Aiskrim anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah.

Program yang diadakan di Navita Multipurpose Hall, Tamparuli Point berlangsung selama tiga berakhir semalam itu turut menyasarkan golongan B40 khususnya suri rumah atau ibu tunggal.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, menerusi program itu, kumpulan akan dapat memperolehi kemahiran dalam bidang pembuatan aiskrim sekaligus membantu mereka mencari sumber pendapatan harian.

“Misi kita adalah untuk membasmi kemiskinan rakyat, dan salah satu program yang kita adakan adalah berbentuk kemahiran seperti ini, yang mana diadakan bagi melatih peserta, selain berpeluang menjadi usahawan kelak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KPLB Sabah Norlijah Danin, Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Aftar Nurajat, Setiausaha Rendah Pembangunan Modal Insan KPLB Sabah merangkap pengerusi penganjur program, Nekmah Abdullah; Pegawai Daerah Tuaran, Syahrin Samsir; Penolong Pegawai Daerah Tamparuli, Herman Tunggiging, dan Penolong Pegawai Daerah Kiulu, Justin Ginduk.

Jahid berkata, peserta turut diberi pelbagai kemudahan secara percuma sepanjang menyertai program ini dijalankan.

Katanya, selain menerima pengetahuan baharu, peserta kursus turut dilatih menggunakan alatan mampu milik yang dibekalkan.

“Dengan kos yang rendah, kaedah  menghasilkan produk lebih mudah dan jimat yang pasti hasilnya boleh membantu meringankan beban keluarga,” katanya.

Beliau turut menghargai usaha empat orang tenaga pengajar terlibat iaitu Anna Badai, Rosteh Sabin, Graysilda Jamil dan Jovinia Ain.

Sepanjang program, Jahid dan tetamu lain turut berpeluang mencuba sendiri aiskrim hasil buatan para peserta kursus berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular