HomeUtamaBantuan sesuai akan disalurkan kepada mangsa terjejas kebakaran - Shahelmey

Bantuan sesuai akan disalurkan kepada mangsa terjejas kebakaran – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 3 Second

PUTATAN : Bantuan yang sesuai akan disalurkan kepada penduduk yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku di Kampung Contoh Petagas di sini malam tadi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya juga turut meneliti langkah-langkah seterusnya bagi memastikan keperluan mangsa mencukupi termasuk tempat berlindung.

“Bagi perancangan jangka pendek, pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah telah mewujudkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sri Putatan namun saya dimaklumkan hanya enam keluarga sahaja yang melaporkan diri disitu.

Shahelmey ketika meninjau tapak kejadian kebakaran semalam

“Tinjauan pada pagi ini saya mendapat maklumbalas  ada beberapa keluarga mangsa tinggal menumpang di rumah keluarga mereka yang terdekat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kawasan kejadian kebakaran di sini pagi tadi.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, bagi perancangan jangka panjang, pihaknya akan mendapatkan butiran laporan secara terperinci sebelum penyaluran bantuan lain disalurkan Kerajaan.

“Kita akan lihat bagaimana Kerajaan boleh membantu mereka berdasarkan kriteria  sama ada mungkin ditempatkan menerusi bantuan perumahan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diumumkan Ketua Menteri baru-baru ini,” katanya.

Semalam lebih 10 buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9.20 malam dan pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal api daripada merebak.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya