HomeUtamaKerajaan Sabah sokong penuh inisiatif pelihara kepelbagaian senu dan budaya negara

Kerajaan Sabah sokong penuh inisiatif pelihara kepelbagaian senu dan budaya negara

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan terus menyokong penuh pelbagai inisiatif bagi memelihara dan memulihara kepelbagaian seni, budaya dan warisan negara bagi memastikan kesinambungan, keunikan dan keaslian yang diwarisi terus terpelihara.

Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, semua agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) serta penggiat seni, buday dan warisan di Sabah diseru untuk terus menjadi agen pembangunan dasar yang telah direalisasikan.

“Program penyemarakan budaya seperti ini perlu dilaksanakan oleh semua agensi dan badan berkaitan pada masa akan datang bagi memastikan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) ini dapat sampai ke setiap lapisan masyarakat dan peringkat akar umbi.

“Selain itu, Dasar ini juga merupakan kunci kepada perpaduan dan kestabilan negara. Keharmonian dari perspektif budaya terbentuk daripada perpaduan, keamanan, kemakmuran dan keadilan di samping budaya tolak ansur dan hormat menghormati di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Jerayawara DAKEN di sini kelmarin.

Jafry berkata, keharmonian masyarakat akan dapat dicapai melalui persefahaman dan penghayatan budaya rakyatnya.

Sehubungan itu katanya, melalui program dan aktiviti seni, budaya dan warisan, masyarakat dapat memahami, menghayati dan menghargai seni, budaya dan warisan pelbagai kaum di Malaysia.

“Kerajaan Sabah sudah tentu akan memberi sokongan kepada Dasar ini agar ianya terus disemarakkan melalui program-program Kebudayaan.

“Ini bagi memastikan budaya dan warisan kaum-kaum yang terdapat di Sabah akan terus terpelihara dan lestari pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Jafry berkata, DAKEN yang digagaskan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dilihat berupaya  untuk berkembang dengan usaha dan semangat yang berterusan.

Katanya, objektif dan matlamat DAKEN ini akan dapat dicapai seperti yang dihasratkan MOTAC dan Kerajaan Negeri akan turut mendokong penuh usaha ini.

“Justeru itu, saya menyeru seluruh agensi dan individu serta badan bukan kerajaan agar bersama-sama mendukung dasar ini supaya aspek seni, budaya dan warisan negara terus terpelihara bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga peringkat antarabangsa.

“Saya juga turut menaruh harapan supaya Dasar ini akan dapat dijadikan panduan dan rujukan oleh semua pihak dan pemegang taruh untuk mengangkat dan mengutamakan elemen budaya dalam program pembangunan negara.

“Oleh yang demikian, semua pihak sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri ataupun NGO perlu berganding bahu dalam memastikan kebudayaan negara kita sentiasa dipelihara dan khazanah budaya bangsa kekal lestari untuk generasi pada masa akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Rumah atas air roboh, 9 mangsa berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular