HomeIsu tempatanKeunikan busana tradisi lambang kebanggaan dan identiti suku kaum di Sabah

Keunikan busana tradisi lambang kebanggaan dan identiti suku kaum di Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

RANAU: Busana tradisi yang unik dan kreatif adalah lambang kebanggaan dan identiti sesebuah suku kaum yang terdapat di negeri ini.

Ini kerana, keunikan dan kecantikan busana tradisi yang dipamerkan menerusi acara Pertandingan Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan setiap tahun, amat terserlah dan berupaya mengekalkan budaya seperti suku kaum Dusun agar pakaian tradisi mereka tidak hilang ditelan zaman.

Pegawai Perhubungan Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Julubin Harun berkata, pertandingan memperagakan kecantikan pakaian tradisi suku kaum Dusun melibatkan remaja wanita atau kanak-kanak merupakan suatu usaha positif bagi memelihara dan mengekalkan kecantikan corak dan tenunan asli pakaian tersebut.

“Dengan sebab itu suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) perlu mengekalkan dan memelihara pakaian tradisi masing-masing untuk diwarisi generasi muda belia beliawanis mereka.

“Kebiasaannya pakaian tradisional suku kaum ini diperagakan terutama semasa menyambut Pesta Kaamatan di peringkat  desa, daerah, negeri mahupun kebangsaan,” kata Julubin ketika berucap mewakili  Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonahan Yasin bagi merasmikan majlis Tadau Kaamatan di Kg Pahu-Himbaan Ranau pada Sabtu.

Menyentuh mengenai majlis itu, Julubin menyifatkannya sebagai  landasan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian antara penduduk tanpa dibatasi suku kaum, agama, budaya dan ideologi politik.

“Walaupun perayaan Pesta Kaamatan telah melabuhkan tirainya tetapi kita masih boleh meraikannya dengan semangat bersatu padu sebagai ‘Satu Keluarga Malaysia’ dalam mengekalkan tali persaudaraan yang sedia terjalin antara kita,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya