HomeUtamaATB 2 Gagalkan hasrat PATI menyusup keluar Sabah

ATB 2 Gagalkan hasrat PATI menyusup keluar Sabah

Read Time:1 Minute, 2 Second

Lahad Datu — Hasrat seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina untuk keluar dari Sabah gagal apabila berjaya ditahan oleh anggota Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) di Kampung Ipil, Felda Sahabat, semalam.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam kenyataan berkata, penahanan itu adalah hasil daripada maklumat disalurkan oleh penduduk kampung yang menyatakan terdapat seorang lelaki dewasa tidak dikenali berjalan berulang-alik di kawasan kampung tersebut.

Menurutnya, Tim Ronda telah diaturgerakkan dan kemudian mengesan suspek yang dalam keadaan mencurigakan serta kelihatan seperti sedang menunggu seseorang.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek merupakan PATI yang berasal dari Zamboanga, Filipina tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan berada di lokasi kejadian kerana ingin kembali ke kampung halaman di Filipina,

“Suspek merupakan lelaki dewasa berusia 35 tahun dan tiada penemuan barang-barang terlarang,” jelas MK AB dalam kenyataan pada Isnin.

PATI tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Desa Kencana untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, MK AB menjelaskan, melalui kawalan yang lebih kukuh di persempadanan negara dengan analisa terperinci terhadap modus operandi ancaman semasa mampu menumpaskan jenayah rentas sempadan ini.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular