HomePolitikMenteri Sarawak label cadangan Tok Mat berkait ‘MA63 baharu’ gila 

Menteri Sarawak label cadangan Tok Mat berkait ‘MA63 baharu’ gila 

Read Time:1 Minute, 15 Second

KUCHING: Cadangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan agar BN Sabah usul “Perjanjian Malaysia Baharu” mendapat kritikan seorang menteri Sarawak yang menyifatkannya sebagai “gila”.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemimpin politik tidak perlu mengubah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk kepentingan politik.

Beliau menegaskan bahawa MA63 adalah “dokumen asas yang membawa kepada pembentukan sebuah negara”.

Karim berkata, hanya kerana BN berkuasa di Sabah sekarang, tidak bermakna ia boleh menentukan dan menukar dokumen itu secara unilateral.

“Umno tidak boleh menentukan (bagaimana MA63 sepatutnya dibuat). Itu gila,” katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan Mohamad lapor Portal FMT

“Ia bukan perjanjian penyewaan yang boleh anda ubah selepas beberapa tahun tertentu. Anda tidak boleh hanya memotong dan menukar mengikut kehendak dan keinginan anda atau untuk kepentingan politik.”

Mohamad atau Tok Mat, yang juga timbalan presiden Umno berkata, MA63 baharu perlu ditunjangi semangat dan konteks baharu dalam memulihkan hak dan kepentingan Sabah.

Karim, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata pemimpin seperti Mohamad “datang dan pergi”, dengan muka baharu akan mengambil alih jawatan tertinggi dalam satu atau dua dekad.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia boleh menjangkakan pemimpin baharu ini mula “memotong dan menukar dokumen MA63 sekali lagi”.

“Berapa banyak MA63 yang mereka mahukan?” soalnya.

“MA63 telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dan harus dilindungi. Kita tidak sepatutnya ada MA63 baharu untuk sesuaikan dengan parti atau pemimpin politik sekarang.

PBB adalah parti utama dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terdiri empat parti memerintah Sarawak.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular