HomeUtamaTun Juhar solat Aidiladha di Surau Tun Sakaran

Tun Juhar solat Aidiladha di Surau Tun Sakaran

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU:   Yang  di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Surau Tun Sakaran, Istana Seri Kinabalu di sini.

Tun Juhar yang berjubah putih tiba pada jam 8.30 pagi sempat menyertai jemaah melaungkan takbir hari raya Aidiladha, sebelum menunaikan solat bersama kira-kira 50 jemaah terdiri daripada ahli keluarga serta warga Istana mulai jam 9 pagi.

Turut berangkat, isteri Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan para jemaah wanita serta kanak-kanak.

Solat diimankan Pegawai Agama Istana, Imbran Anggun manakala khutbah yang bertajuk ‘Aidiladha Subur Roh Pengorbanan’ disampaikan oleh khatib, Kamarul Omar Baki.

Hadir sama, Setiausaha Sulit Datuk Abinan Asli dan Timbalannya, Awang Damit Pengiran Apong, Setiausaha Perhubungan Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir serta anakanda Tun Juhar, Brigdier Al Hambra Juhar yang juga Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Pada tahun ini, Tun Juhar menunaikan ibadah korban dengan enam ekor lembu masing-masing dua ekor di Istana Seri Kinabalu dan daerah Nabawan, manakala seekor di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang dan Rejimen 507 Askar Wataniah Kem Bukit Perwira.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan SSL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya