HomeIsu tempatanMayat kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang ditemui dalam parit

Mayat kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang ditemui dalam parit

Read Time:42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Kurang 24 jam mayat kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan hilang dari kawasan rumahnya di Kampung Kuridak Gadong pada petang Sabtu telah ditemui pagi tadi. (10 Julai)

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak dikenali sebagai Muhammad Qays Izhar Abd Halim telah ditemui di dalam parit kira-kira 70 meter daripada tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat kanak-kanak tersebut ditemukan pada jam 10.23 pagi tadi (10 Julai) oleh orang kampung bersama pihak polis dan Bomba. Seterusnya, telah memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Beaufort untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang dari rumah keluarganya kira-kira jam 6 petang semalam ( 9 Julai), di Kampung Kuridak Gadong, Beaufort.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular