HomeIsu tempatanKetua Menteri serah lembu korban di IPD Tuaran

Ketua Menteri serah lembu korban di IPD Tuaran

Read Time:34 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran di sini pada Ahad.

Beliau bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri (ADUN KIULU), Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Kewangan (ADUN PANTAI DALIT), Jasnih Daya secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Timbalan Superintendan (DSP) Noraidin Ag Maidin.

Terdahulu, Ketua Menteri menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusop, Tuaran bersama penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya